Friday 13 July 2012

Kalongkeng

Kenapa aku guna nama Kalongkeng? Menurut kata mak aku, Kalongkeng ni adalah sejenis nama hantu jawa, yang mana mak aku cerita kalau nak panggil dia..kena ada mentera...

Kalongkeng..Kalongkeng...
Mbah mu loro ngiseng...
Patak mu ceplak cepling....
Dukkkkk darrrrrr...Dukkkkk darrrrrrr

Ahahahah dulu bukan main takut aku bila mak aku da mula bergurindam...tapi skang..jadi bahan lawak jela..dah la tah ape maksud pun kitorang tak tau..main sebat..!!

Burpp!!!
Kalongkeng

Kematian Ngeri


Pada waktu kanak-kanak mak aku dulu. Ada satu kematian ngeri dah berlaku dekat lorong tu. Adalah seorang anak mak cik ni. Aku bagi nama dia Nora je la ye. Menurut kata mak aku, Nora ni cantik orang nya. Kulitnya putih gebu, pandai bergaya dan banyak kenalan.

Nora ni kenalan dia ramai terdiri dari golongan anak-anak orang kaya. Jadi disebabkan ini, salah satu punca jugaklah kata orang tu, dia agak sosial. Naik berbuih mulut mak si Nora memakinya hari-hari, mintak ubah perangai..tapi sikit pun dia tak dengar.

Sampai lah satu hari ni, Nora baru balik dari makan cendol kat pekan dengan kawan-kawan. Sampai rumah je mak dia terus serang. Terpinga-pinga kawan Nora yang menghantarnya pulang. Dengan budak tu sekali kena sembur. Separuh mati Nora kena belasah hari tu. Faham sajalah waktu dulu bukan macam sekarang. Dulu kalau anak perempuan liar macam Nora memang orang kampung mengata. Yang tanggung aib si emak tadi lah.

Dek kerana bengang dengan sikap mak nya yang tak sporting. Nora mengurung diri di dalam bilik. Dia menangis kerana malu dirinya yang cantik dan seksi dibelasah emaknya depan rakan lain umpama budak kecil.

Setelah hari agak senja, Nora menyelinap keluar dari bilik menuju ke bangsal belakang rumah. Dia teringat pada satu masa dahulu, pakciknya ada menyimpan ‘pil askar’ di bangsal itu. Pil askar ni gunanya untuk askar2 la kalau kena panggil bertugas.Kuat ubat ni, sekejap boleh baik dari sakit. So, nora pun kaut ubat tu dalam balang, segenggam jugaklah die amik. Kemudian, cepat-cepat Nora balik bilik dia, takut-takut mak dia ternampak pulak.

Setiba dalam bilik, baru dia perasan yang dia tak ambil air sekali. Dia pun panggil adik dia yang pada ketika itu berumur 12 tahun.

“Norli, amikkan akak air segelas, hauslah”
“Okay, kejap lagi Norli bawakkan..”

Si adik tadi dengan riang membawa air segelas ke bilik tidur kakaknya. Mau tak happy, kakak nya jarang-jarang mengajak dia masuk ke bilik itu, bergurau-gurau.

Setelah gelas dihulurkan, tiba-tiba Nora memarahi Norli,

“Kalau kau nak duduk dalam neraka sama-sama dengan aku, kau tunggulah kat situ..!!”

Takut diherdik kakak nya begitu, Norli lekas-lekas keluar dari bilik.

Setelah malam menjelang, si emak mula risau kerana Nora tidak keluar lansung untuk makan. Memikirkan kemungkinan Nora masih merajuk, si emak pun cuba memujuk supaya  Nora keluar makan.

“ Nora..keluar lah makan..”

Tiada jawapan. Selepas 3 kali panggilan tidah bersahut, si ibu mula bimbang. Jiran dipanggil untuk memecahkan pintu kayu.

Alangkah hancurnya hati seorang ibu, melihat Nora sudah tidak bernyawa lagi. Buih bercampur darah keluar berterusan dari mulut, membasahi baju dan cadar. Jasad Nora dikendong untuk ke hospital. Si emak separuh gila dan menyesal kerana memukul Nora. Dan yang paling disesali adalah keputusan Nora, menyelesaikan masalah dengan cara yang begitu jahil.

Satu kampung gempar dengan berita tersebut. Nora yang menjadi pujaan teruna sudah meninggal dunia.

Mak aku pun pergilah menziarahi si mati follow arwah nenek aku. Setelah semuanya selesai, mak aku ke rumah arwah Nora semula, memandangkan rumahnya hanya selang 2 biji rumah sahaja. Niat hati mahu memujuk Norli, sahabat baiknya.

Sesampai di rumah tersebut, mak aku ternampak Norli yang sedang menangis di meja. Tiada orang lain di rumah itu, mereka semua ke masjid kerana ibu Nora seperti orang yang meroyan, jadi mahu ditenangkan dulu dengan air-air penawar oleh Imam.

Norli menceritakan semua kisah.

“Kalau aku tak ambil kan air untuk kak Nora, mesti tak jadi begini.”

“Sudahlah, bukan salah kau. Dah ditakdirkan ajal nya sudah sampai. Apa boleh kita buat?”

“sreettt..srettt..sretttt”

“Eh Norli, cuba kau berhenti menangis sekejap. Kau dengar tak?”

“ Dengar juga. Dari sebelum kau datang aku dah dengar, biarlah..cicak agaknya”

“NNNNNNNooorrrliii…tengok tu..”

“Kain lengsar tu bergerak la…!! Macam ada orang tengah susun kelepet2 langsir tu bagi cantik kan??.. Eh, kau tau..Kak Nora baru pasang langsir ni kelmarin..”

Serentak mereka terdiam. Kain langsir masih bergerak-gerak seperti ada tangan ghaib yang sedang memperkemaskannya..

“CABUTTTTT!!!!!”

Macam tak cukup tanah mereka lari. Siapa yang susun langsir tersebut??? Qarin arwah Nora barangkali.

Wallahu’alam..


Burpp!!!
Kalongkeng.


P/s: Membunuh diri adalah merupakan dosa yang besar. Barangsiapa yang membunuh diri, maka dosanya tidak akan terampun sehingga hari kiamat kelak, dan kekal lah mereka di dalam neraka. Nauzubillahiminzalik.

Hantu Air


Al-kisahnya aku tak tau betul ke tidak ni hantu air. Dah disebabkan kisah hantu yang aku nak cerita ni ada kena mengena dengan air, jadi aku panggil je la dia hantu air.

Masih lagi di Lot 4196 yg sudah terpalit misteri Lot 4197. Rumah arwah wan aku dulu, bilik ada bilik air kat luar. Bukannya apa, arwah wan banyak buat rumah sewa, so bilik air yang kat luar ni kira macam tambahan la, kalau siapa-siapa yang tengah nak cepat, tapi bilik air ada orang nak guna, boleh la guna bilik air ni.

Satu malam, dekat bilik air ni ada bunyi air melimpah-limpah keluar dari kolahnya. Arwah wan aku pun pergilah tutup. Dalam hati dok maki jugak, siapalah yang dah bukak paip tak reti nak tutup…sayang air membazir.

Tak sampai 15 minit, arwah wan dengar lagi bunyi air melimpah. Kali ni hati dia dah panas dah. Yelah mana tak, bilik air tu kira macam wakaf, wan tak minta kat siapa-siapa pun duit air untuk kegunaan bilik air tu. Kira macam dia sedekah la. Tapi bila dah jadi macam tu..bukak air sampai melimpah lepas tu biarkan je, hati siapa yang tak sakit.

Tapi kali ni arwah wan nampak salah seorang penyewa rumahnya, Zainal berdiri di hadapan kolah membelakangkannya.

‘Eh, dah kenapa budak Jenal ni?? Dibiarkan pulak air melimpah. Membazir’

“Jenal, kau dah habis guna ke bilik air tu? Kalau dah habis guna, tutup lah paip air tu, sayang airnya melimpah-limpah keluar.”

Tiada respon..

‘Haikk? Tak apelah, ada masalah agaknya budak Jenal ni..aku tutuplah sendiri’

Arwah wan pun meneruskan perjalanan ke bilik air tersebut dan menutup paip air yang keluar. Yang menghairankannya Zainal hanya berdiri tegak, tak bercakap, tak bergerak.

Sekilas pandang, kelihatan wajah Zainal agak pucat, seperti tiada darah. Malu dengan keadaan Zainal yang hanya bertuala, lekas-lekas arwah wan bergerak dari situ.

Tidak sampai 20 minit kemudian, arwah wan terdengar lagi bunyi air melimpah.

“Awak tengking aje budak Zainal tu, kalau ada masalah pun jangan terbawak-bawaklah!!”

Herdik atok dari dalam rumah. Arwah wan hanya mengangguk. Langkahnya pantas menuju ke bilik air. Tetapi kali ini dia agak hairan, kerana Zainal sudah tiada di tempat tadi. Arwah wan pun menutup paip yang terbuka.

Beberapa langkah keluar dari bilik air tersebut, wan dapat merasakan bulu romanya meremang. Perlahan-lahan pandangan dialihkan ke pokok jambu air yang terdapat bersebelahan bilik air tersebut.

Alangkah terperanjat nya wan, apabila mendapati Zainal melekap di dahan pokok tersebut, kali ini tanpa tuala. Matanya merah seakan-akan marah dengan apa yang wan lakukan.

Perlahan-lahan wan mengatur langkah secara terbalik, bermaksud melangkah ke belakang sambil memandang ke arah lembaga tersebut. Cukup 3 langkah, lembaga tersebut ghaib!! Apelagi, wan pun mulalah buka langkah seribu.

Peristiwa tersebut diceritakan kepada atok. Kemudian, atok baru teringat. Pada sebelah petangnya, Zainal ada dating memberitahu atok yang dia mahu pulang ke kampung kerana orang tuanya sakit.

Jadi, siapa yang melekap di pohon jambu tadi??? Tentulah bukan Zainal….ingat tak, matanya merah???

Burpp!!!
Kalongkeng

Wednesday 11 July 2012

Pelanduk Dua Serupa



Kisah ini berlaku masa auntie aku baru-baru berkahwin dengan uncle aku.  Pada satu malam, cuaca agak bahang. Auntie aku tak dapat nak lelapkan mata, walhal uncle aku dah syok tidur. Dia pusing ke kanan tak selesa, pusing ke kiri pun rasa tak selesa. Sudahnya dia berpidah tempat tidur di atas lantai. Tapi keadaan masih sama. Macam ada yang tak kena aje.
So, auntie aku ni pun turun dari bilik menuju ke dapur nak minum air(rumah arwah wan dua tingkat, biaselah rumah kampong, ada rumah atas..rumah bawah). Lepas dia minum, dia pun lepak-lepak dekat ruang tamu tengok-tengok siaran televisyen.  Masa tu dah dekat pukul 2 pagi. Dia sikit tak ada fikir benda bukan-bukan.  Dalam 15 minit lepas tu, dia mengantuk balik. Dia amik keputusan nak tidur depan televisyen tu je, malas nak naik bilik, tapi dari tempat dia baring tu boleh nampak keadaan bilik dia kat belah atas rumah tu, sebab lampu tengah rumah tak tutup. Keadaan boleh kata agak terang jugak la.
Dalam khayal-khayal nak tidur tu, auntie aku mengiring ke kanan, die terkejut sebab Nampak uncle aku baring sebelah dia, tapi uncle masa tu mengadap kedinding. Jadinya auntie aku sekarang mengadap belakang suami dia la. Auntie pun tak fikir apa. Dia ingat mungkin uncle turun nak teman dia tidur kat bawah. Auntie pun layan lah lagi mata tu nak tidur. Kali ni dia mengiring ke kiri pula. Berderau jantung auntie apabila melihat di atas katil di dalam bilik beliau juga terdapat sekujur tubuh sedang nyenyak tidur dan memakai kain pelikat yang sama dengan ‘uncle’ yang dekat belakang auntie. Jadi, mana uncle yang betul??
Auntie terus pejam mata. Dia cuba menjerit, suaranya tersekat di kerongkong. Tekak rasa berpasir seperti mulut tersumbat sengan ketulan-ketulan pasir sampai  dia tidak dapat bersuara. Di dalam hati, auntie memohon pelindungan Allah. Ayat kursi di baca berulang-ulang.
Setelah setengah jam bergelut dengan ketakutan, auntie seperti mendapat suatu kekuatan. Dengan perlahan dia menoleh untuk melihat ‘uncle’ di belakangnya. Hilang!!
Ape lagi, auntie pun lekas2 panjat naik bilik dia dan kejutkan uncle sebab terlampau takut.
Nasib baik yang dia kejut tu betul-betul uncle okeyhh...kalau tak...aishhh!!

Burpp!!!
Kalongkeng





Siapa Yang Gegar Pintu???


Kisah ni terjadi lama dah…masa mak aku kecik-kecik dulu. Pada satu malam mak aku dan adik beradik dia..(which means..pokcip dan mokcip aku laaa…) tidur ramai-ramai dekat tengah rumah. Tengah syok dok tidur tu, dalam pukul 2 pagi, ada orang gegar pintu. Mula-mula perlahan, diorang pun tak amik port sangat sebab ingat kucing terlanggar pintu rumah tu. Sekali tiba-tiba makin kuat. Punyalah diorang terkejut. Semua terjaga..adik-adik mak aku yang kecil dah mula menangis sebab ketakutan.

Arwah atok aku cuba tanya dengan benda yang menggegar pintu tu, mana tau orang nak mintak tolong. Tapi tak ada siapa pula yang menjawab. Makin kuat digegarnya pintu tu adalah.

Mak cik aku yang paling sulung, pun panjat la bendul yang ada dekat pintu tu nak intai kat ruang atas pintu (ruang ni arwah wan letak macam kaca yang warna – warni selalu atas tingkap tu) kot-kot manalah tau ada nampak orang yang menggegar pintu. Tapi dia tak nampak apa-apa.

“Mak, tak ada orang pun..Siapa yang gegar pintu ni??”

“ Turun kau Pah, dah..dah..”

Dah tentu lah arwah dengan arwah atok aku tau yang kacau diorang malam tu bukan orang. Tapi diorang ni memang jenis hati kering.

“Dah..dah semua masuk tidur…biar dilantak kan yang kat luar tu nak gegar pintu ke..nak gegar bumbung ke..karang penat, dia berhentilah tu”

So, mak aku, pokcip-pokcip aku dan mokcip-mokcip aku yang lain pun sambung tidur.

Tapi, menurut kata mak aku, seriau jugak malam tu. Memang ‘benda’ tu gegar pintu habis-habisan tak berhenti lansung sampai dekat subuh.

Nasib baik diorang ade dekat 10 orang, sebab mak aku kata..kalau dia sorang..mau dia pengsan ketakutan..

Huhu..seram..seram..seram..

Burpp!!!
Kalongkeng

Nyumm…nyummm!!


Kisah ni berlaku di kawasan yang sama…lorong lot kawasan perumahan keluarga aku. Lot 4196. Kisahnya arwah wan aku ni ada banyak rumah sewa. Salah satu rumah sewa tu disewakan dekat sepasang suami isteri yang baru je kahwin. Baru tak baru jugak la, sebab si isteri ni tengah mengandung anak sulung.

Si suami, Amin ni bekerja kampung. Jadi pendapatannya tak lah seberapa sangat. Untuk menampung pendapatan keluarga, si isteri, Leha pun membantu menjual kuih-muih di kawasan bersebelahan tanah lot kami. Yang bestnya Leha ni pergi meniaga dekat kawasan keras iaitu di kawasan tempat  keluarga Pak Engku (yang macam aku cerita dalam ceita yang lepas) bermastautin.

Pada mulanya semua nampak biasa-biasa sahaja. Amin dan Leha pun hidup bahagia dan teruja menunggu kelahiran bayi sulung. Tiba pada satu hari, waktu tu kandungan Leha sudah masuk 6 bulan. Leha jatuh sakit. Dia ada mengadu yang badannya panas macam nak demam setiap kali senja tapi akan kebah menjelang subuh.

Disebabkan ini, Leha tidak dapat menjual kuih lagi. Kesihatannya semakin merosot. Pekerjaan Amin juga agak terganggu disebabkan sakit misteri Leha. Puas sudah dibawa Leha ke merata klinik untuk berubat tetapi doktor mengesahkan yang Leha sihat, begitu juga dengan keadaan bayi di dalam kandungan.

Keadaan Leha semakin teruk. Dia mula meracau-meracau dan merepek-repek. Kadang-kadang dia hanya duduk di satu tempat dan tak akan berganjak-ganjak. Walau pun begitu, Leha mempunyai nafsu makan yang tinggi. Tak cukup dengan itu, Leha akan menggigit-gigit badanya sendiri hingga berdarah dan menjilat-jilat darah yang mengalir keluar.

Melihat keadaan itu, arwah Wan menasihati Amin untuk mencari pakar dalam pengubatan alternatif. Datanglah seorang ustaz ke tempat kejadian untuk mengubat Leha, tetapi keadaan semakin kritikal. Ustaz yang datang untuk mengubati diejek-ejek oleh Leha. Dan kini, suaranya mulai berubah menjadi garau. Sambil mengejek-ejek ustaz berkenaan, Leha menggigit-gigit lidahnya sendiri hingga mulutnya penuh dengan darah. Setelah itu Leha menyedut darah yang keluar dari lidahnya sambil berkata ‘Mmmm…nyummmm nyummmm…manis macam timun!!!’ Semua yang ada beristighfar melihat kejadian yang berlaku.  Amin mula menangis melihat keadaan iserinya yang kurus kering, walaupun makan dengan banyaknya dan juga kerana Amin tahu, kemungkinan Leha sudah lama tiada. Yang di dalam badan Leha adalah bukan Leha yang sebenarnya.

Hampir 2 jam bertarung dengan ustaz tersebut, akhirnya syaitan di dalam badan Leha mengalah.  Leha meninggal dunia sejurus kemudian. Bayangkan semuanya berlaku dengan sangat cepat. 2 minggu Leha sakit-sakit dan pengakhiran hidupnya adalah sangat tragis!

Menurut kata arwah wan, sewaktu Leha menjual kuih di kawasan tersebut, dia telah dirasuk oleh hantu raya yang dibela tuan tanah berkenaan. Kebetulan Leha mengandung, jadi tubuhnya sangat lemah hingga mudah makhluk itu bermastautin dalam badan. Dan kerana Leha mengandung juga lah makhluk berkenaan memilih Leha, untuk mendapatkan kandungan Leha sebagai santapan!!

Amin tidak dapat menerima ketentuan yang ditakdirkan. Dia bersumpah untuk mengaharamkan kakinya dari memijak tanah puaka berkenaan.

Wallahu’alam.

Burpp!!!
Kalongkeng.

Friday 6 July 2012

Hantu Pak Engku

Kisah ni terjadi masa zaman arwah wan aku muda-mude dulu. Lot lorong rumah arwah wan dulu bersebelahan dengan lot lorong adelah satu keluarga kerabat raja ni. Biarlah aku gelarkan dia Pak Engku aje.  Pak Engku ni selalu pergi out-station. So, satu hari ni macam biasalah..Pak Engku kena out-station ke Singapore atas urusan kerja. Mak Engku pun jemput lah arwah wan aku ni untuk temankan dia tidur malam tu. Mula-mula arwah wan macam pelik, selalunya Mak Engku x pernah mintak berteman kalau Pak Engku out-station, tapi arwah wan x fikir sangat, dia cuma agak mungkin Mak Engku kesunyian,

Suasana malam dekat area tu memang sunyi sepi, maklumlah zaman dulu mana lah nak ada bekalan eletrik, semua nya guna lampu minyak tanah. Nak harapkan tengok tv??  Tak dapat der Jack..Jadi dalam keadaan yang serba sunyi dan keadaan yang agak samar-samar, arwah wan aku pun melangkah la menuju ke lot kawasan rumah Mak Engku. Nampak macam bilik Mak Engku sahaja yang masih terang.

Arwah wan aku pun berilah salam untuk masuk, tetapi tiada jawapan..sunyi.. Kemudian arwah wan teringat yang Mak Engku ada berpesan untuk tolak sahaja pintu utama kerana ianya cuma disendal dengan kayu beluti. Arwah wan pun menolak pintu itu dengan perlahan-lahan dan memasuki rumah tersebut. Kemudian dalam cahaya yang berbalam, arwah wan terlihat akan sesusuk tubuh yang kelihatan betul-betul macam Pak Engku sedang duduk di tangga lengkap dengan baju pagoda dan kain pelikat berserta tali pinggang hijau yang biasa orang-orang tua pakai tu.

Arwah wan masih x fikir apa-apa, cuma terdetik di dalam hatinya..'owh..Pak Engku dah balik..' Lantas arwah wan pun memanjat tangga untuk ke bilik Mak Engku. Apabila melintas di sebelah Pak Engku yang sedang duduk, arwah wan pun menyapa, 'Awal balik Pak Engku, tadi petang ada Mak Engku pesan suruh saya temankan dia tidur malam ni, tapi memandangkan Pak Engku pun dah pulang, jadi saya ingat nak jumpa Mak Engku sekejap untuk minta diri, boleh ya Pak Engku?' Tiada jawapan..Pak Engku hanya mengangguk lemah. Arwah wan mula rasa tak sedap hati, tapi beliau tetap meneruskan langkah ke bilik dimana Mak Engku berada.

" Mak Engku, saya balik dulu lah ye..Pak Engku pun dah balik tu"
"Mana Pak Engku kau?? "
"Tu ada dia duduk dekat tangga Mak Engku"
"Masuk bilik ni cepat, tutup pintu tu!!"

"Eh, kenapa ni? Mak Engku dengan Pak Engku bergaduh ke?"
"Shhhh....tu bukan Pak Engku kau...tu ORANG DIA...sekarang dah pandai nak kacau aku!!"

Arwah wan tersentak. Sedang arwah di dalam kekeliruan, Mak Engku menghulur segelas arak kepada arwah wan aku..

"Nah amik ni, minumlah.."
"Tak pelah Mak Engku, saya x minum arak"
"Kau x nak minum? Hehehehe kalau kene kacau aku tak jamin..hehehehe"

Arwah wan menelan air liur..risau..bulu romanya sekarang sudah pun menari-nari.

"Tak pa Mak Engku, insyaAllah semuanya selamat"
"Hurmmm suka hati kau lah..!! Aku nak tidur dah ni..Kalau kau lapar ke..ape ke..pandai-pandailah kau cari nanti di dapur ya?"

Tidak sampai dalam setengah jam, Mak Engku sudah pun lena. Arwah wan yang masih terpusing-pusing di atas katil kerana tak dapat melelapkan mata. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Tiba-tiba..

'sreeeettttttt..sretttttt...sreeeeettttttt.....baaammmmmmm!!!!!

"Ya Allah!!! Mak Engku, bangun....Mak Engku dengar tak bunyi tadi?"

..... tiada respon dari Mak Engku...

"sreeettt...sreeeetttttt...sreeeeettttt baaaaammmmm!!!"

Terdengar lagi bunyian seperti kaki dirantai dan diheret juga bunyi hempasan pintu. Kemudian terdengar pula seperti bunyi tingkap diketuk-ketuk dan di cakar, seperti ada yang mahu turut bersama di dalam bilik tersebut. Jantung wan pun berdegup laju..peluh sudah membasahi badan. Ingin bergerak dan lari, badannya seakan dikunci. Sekarang baru dia mengerti kenapa Mak Engku mabuk sebelum tidur. Beliau tidak mahu tidurnya terganggu!!

Lantas wan cuba membaca segala potong-potong ayat Al-Quran yang beliau ingati, dan tidak berapa lama kemudian, bunyi itu hilang.

Lega, Arwah wan pun cuba memejamkan mata. Baru sahaja mata hendak terlena, beliau seperti dikejutkan dengan bunyi seperti orang menangis.

Ditoleh ke arah datang suara tangisan tersebut, alangkah terkejutnya beliau kerana Mak Engku didapati sedang menangis teresak-esak di depan almari pakainnya.

"Mak Engku..kenapa?"

Tanya wan kepada Mak Engku, hanya Allah yang tahu macam mana takutnya perasaan wan ketika itu, lututnya terasa menggeletar, dadanya sakit akibat degupan jantung yang laju. Di dalam hati dia bertawakal.

"Endut......tolonglah Mak Engku....dah banyak malam Mak Engku cuba keluarkan Pak Engku kau dari dalam almari ni..tapi Pak Engku kau degil Endut.."

"Apa Mak Engku repekkan ni? Pak Engku di Singapura, masih belum pulang lagi.."
"Betul Endut..Mak Engku tak bohong, ke mari kau cuba pujuk Pak Engku ni"

Darah di badan kini dirasakan seperti tidak mengalir, Arwah wan menggagahkan diri mengengsot perlahan-lahan ke arah almari tersebut. Pintunya tertutup rapat. Geletar di tangan sudah dirasakan sama hebatnya dengan geletar di lutut. Perlahan-lahan pintu dibuka,


"Allahuakbar!!!! Allahuakbar!!!!! Allahuakbar!!!"

Dengan sisa tenaga yang ada, wan bertakbir seraya lembaga dikatakan Pak Engku itu kelihatan.Badannya berbulu seperti king-kong, mata nya merah menyala. Yang lain-lain tidak pula wan perasan kerana dia pun mula langkah seribu meninggalkan Mak Engku tersedu-sedan sendirian.

So dari hari tu, arwah wan akan sedaya upaya mengelak dari bertembung dengan Mak Engku...serrraaammm katenye...


Burp!!!
Kalongkeng